Dr Riezwan Razali - Pakar Sakit Tuan

Dr Riezwan Razali

Home Top Ad

Ereksi  dianggap sangat penting kepada lelaki kerana ia umpama senjata bagi melayari hubungan suami isteri. Sebab itu ramai lelaki berasa bi...


Ereksi dianggap sangat penting kepada lelaki kerana ia umpama senjata bagi melayari hubungan suami isteri. Sebab itu ramai lelaki berasa bimbang apabila berlaku perubahan ereksi terhadap diri mereka, sekali gus dianggap bukan lelaki sejati.

Sebenarnya perubahan ereksi yang berlaku kepada seseorang itu menunjukkan mereka mengalami masalah disfungsi erektil, tetapi ia ada beberapa peringkat atau tahap berlaku kepada individu terbabit.

Sebagai contoh, ada yang boleh mencapai ereksi mencukupi untuk melakukan tusukan ke faraj bagi persetubuhan beberapa kali tetapi kadangkala gagal, ia dilabelkan sebagai perubahan ereksi peringkat awal atau petanda awal yang seseorang itu mengalami masalah disfungsi erektil.

Apabila berlaku secara kekal dan melebihi enam bulan, ia dikatakan mengalami disfungsi erektil peringkat pertama. Jika dibiarkan perkara ini terus berlaku, kemungkinan besar akan mengalami masalah disfungsi erektil peringkat pertengahan iaitu kerap gagal melakukan seks dan akan mengalami masalah mati pucuk. 

Jadi apabila peringkat awal disfungsi erektil berlaku, lelaki terbabit perlu berjumpa doktor dan bukan tukang urut atau makan ubat kuat untuk selesaikan masalah ereksi itu kerana ia mungkin petanda menghadapi masalah kesihatan yang boleh menggugat fungsi syahwat dan seksualnya seperti petanda awal penyakit kencing manis atau tekanan darah tinggi dan masalah peningkatan kolesterol serta lemak dalam darah atau penyakit jantung dan juga koronari.

Ini juga mungkin petanda awal yang seseorang itu tidak mengamalkan gaya hidup sihat selama ini seperti merokok, minum minuman keras atau tidak melakukan senaman berkala atau mengalami peningkatan berat badan yang tindak unggul.

Kajian yang pernah dilakukan di Malaysia pada 1997 mendapati kadar lelaki Malaysia berusia 40 tahun ke atas berkemungkinan mendapat disfungsi erektil atau ED dan lebih kurang satu juta lelaki Malaysia yang berumur 40 ke atas juga mengalami masalah disfungsi erektil peringkat pertama.

Purata kajian turut mendapati apabila lelaki mencapai usia 40 tahun ada kemungkinan 40 peratus dan jika usia 50 tahun akan menjangkau 50 peratus risiko kemungkinan mengalami masalah disfungsi erektil peringkat pertama.

Seharusnya sebagai permulaan untuk menghindarinya, anda digalakkan mengamalkan gaya hidup sihat. Lakukan senaman jika anda tidak pernah lakukannya.

Senaman memberi kesegaran badan dan kecergasan fizikal. Menambahkan stamina dan daya fizikal dan secara langsung merangsang peningkatan hormon testosterone dan hormon ketumbesaran badan, yang mana kedua-dua hormon itu dapat memantapkan otot badan dan meningkatkan metabolisme lemak.

Senaman seperti berlari atau berjalan 30 minit sehari sekurang-kurangnya lima kali seminggu adalah mencukupi. Jika tidak pernah menjalani pemeriksaan kesihatan, elok juga anda lakukannya.

Doktor akan dapat kesan perubahan kesihatan yang negatif melalui pemeriksaan dan ujian darah serta memberi nasihat sewajarnya untuk memantapkan lagi tahap kesihatan anda.

Kebanyakan lelaki yang berusia takut berjumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan dan ujian darah kerana khuatir dapat penyakit! Ramai fikir jika tidak berasa apa-apa yang luar biasa pada diri, ia tanda kita sihat.

Cuba bayangkan diri anda dirasakan cukup sihat tapi mengalami masalah disfungsi erektil sekali sekala. Itu sudah masalah dan perlu diperiksa dan apabila menjalani ujian darah dan diperiksa doktor, baru masalah sebenar dapat dikesan dan doktor akan beri rawatan sewajar.

Kini banyak rawatan dapat menyelesaikan masalah disfungsi erektil secara selamat dan berkesan. Jangan mudah terpedaya dengan iklan dan rayuan rakan yang menjual ubat kuat.

Kebanyakan ubat itu mengandungi racun dan ubat larangan. Anda perlu tahu masalah sebenar dan bukan hanya mengatasi lemah ereksi. Anda boleh jumpa doktor keluarga dan jika tidak dapat penyelesaian, boleh minta dirujukkan kepada pakar.


Sent from my Samsung device

Lelaki mempunyai sepasang buah kerandut atau 'testis' yang mula aktif dan membesar selepas lelaki itu mencapai akil baligh. Bent...

Lelaki mempunyai sepasang buah kerandut atau 'testis' yang mula aktif dan membesar selepas lelaki itu mencapai akil baligh.

Bentuk dan saiz buah kerandut menggambarkan keaktifan kilang dan sebagai bandingan, saiz buah kerandut lelaki matang tidak kurang daripada tiga per empat saiz ibu jari kakinya.


Jika digunakan pengukurnya (Prader's Orkidometer) saiz buah kerandut yang normal untuk lelaki Asia ialah antara 12 mililiter (ml) hingga 25 ml.

Ukuran 10 ml boleh dikatakan yang terendah normal dan kurang daripada itu akan menjadi tidak normal. Buah kerandut kecil kurang menghasilkan sperma. Jika sangat kecil, kemungkinan buah kerandut tidak dapat menghasilkan sperma.

Buah kerandut sebegitu dinamakan 'atrophic testis'.

Saiz buah kerandut boleh berubah dari semasa ke semasa dan lelaki berkahwin akan mendapati kilang sperma aktif dan buah kerandut akan kelihatan besar jika hubungan kelamin kerap dilakukan. Jika kurang melakukan hubungan seks, lama-kelamaan buah kerandutnya kelihatan kecil dan mengecut.

Perubahan suhu buah kerandut juga boleh mempengaruhi saiznya dan jika terdedah kepada kepanasan untuk jangka masa lama, kilang buah kerandut menjadi kurang aktif dan mengecut.

Jadi pakaian dalam ketat, yang menolak buah kerandut berdekatan badan, dan lebih-lebih lagi jika lelaki itu gemuk dengan banyak lemak di tundun dengan kedua-dua buah kerandut berkedudukan mengelilingi lemak, lama-kelamaan buah zakar boleh mengecut.

Kecederaan atau trauma kepada buah kerandut dan lebih-lebih lagi kecederaan kepada pembuluh darah yang berlaku secara tidak sengaja (seperti tertendang) atau sengaja seperti mengurut juga boleh membuatkan kilang dalaman tercedera dan buah kerandut mengecil beberapa bulan kemudian.

Sama juga dengan infeksi atau radang buah kerandut disebabkan jangkitan seperti penyakit beguk atau 'mumps' boleh membuatkan ia mengecil selepas beberapa tahun.

Jika pembuluh darah kepada buah kerandut tersekat atau jalanan darah terganggu, kedua-dua buah kerandut itu juga boleh mengecut dan mengecil.

Cara tepat untuk mengesan perubahan kepada buah kerandut ialah menerusi pemeriksaan kendiri atau 'self testicular examination' sebulan sekali.

Cara pemeriksaan ialah seperti berikut:
Lihat kedudukan buah kerandut depan cermin. Tujuh puluh peratus lelaki mempunyai buah kerandut kiri sedikit ke bawah daripada kanan dan ia perkara biasa.

Kemudian guna tangan kiri untuk mengampu kerandut sambil tangan kanan menelitinya dari depan ke belakang dan dari atas ke bawah, meneliti pundi epididimis dan pembuluh darah.

Lakukan perkara sama untuk memeriksa buah kerandut kiri dan kali ini tangan kanan mengampu kerandut. Jika terasa sesuatu yang memusykilkan, jumpa doktor.

Jika sudah bertemu doktor dan tidak puas hati dengan hasil pemeriksaan, jumpa pakar untuk pendapat kedua. Untuk kepastian, pemeriksaan imbasan boleh dilakukan dan diagnosis tepat dapat diberi.

Perasaan kebas pada anggota kelamin anda ada kaitan dengan tekanan urat saraf dan perjalanan darah di bahagian 'perineum' atau kelangkang akibat menunggang motosikal.

Anda boleh gunakan kusyen lebih lembut dan ubah posisi menunggang supaya bahagian kelangkang tidak tertekan lama.

 Jika terus mengalami tekanan itu, kemungkinan anda mengalami ED atau disfungsi erektil.

Banyak menerima rintihan daripada seorang isteri yang mendedahkan perasaannya terhadap hubungan intim dengan suaminya, ingin saya nyatakan ...

Banyak menerima rintihan daripada seorang isteri yang mendedahkan perasaannya terhadap hubungan intim dengan suaminya, ingin saya nyatakan di sini bahawa masalah sebegitu kini banyak dialami oleh kebanyakan wanita yang sudah berkahwin.

Berdasarkan kepada rintihan wanita itu, dia nyatakan bahawa sudah berkahwin selama lima tahun dan mempunyai dua orang anak dan suaminya bekerja tidak tentu masa dan banyak menghabiskan masa di tempat kerja.

Dakwanya rutin harian suaminya hanya tertumpu pada kerja dan apabila berada di rumah hanya lebih suka tidur serta tidak pernah beriadah atau bersenam.

Yang menjadi kebimbangannya adalah suami dia mempunyai tahap klimaks yang sangat cepat dan kurang bersemangat untuk 'bersama'. Alasan yang sering diberi adalah penat dan apabila bersama, akan cepat ejakulasi walaupun cuma beberapa minit menjalinkan hubungan.

Keadaan itu menyebabkannya kebingungan dan tidak puas hati dan ia jelas menunjukkan prestasi si suami tidak dapat memenuhi dan memberi kepuasan kepada si isteri. Situasi sedemikian seharusnya tidak boleh dipandang remeh dan memerlukan penyelesaian segera.

Seperti juga yang saya katakan, masalah sebegini dihadapi ramai lagi isteri dan pelbagai cara dilakukan untuk mencari jalan penyelesaian, sebilangan mereka cuba berbincang dengan suami dan sebilangan suami mereka hanya mendiamkan diri saja dan ada juga suami yang cakap akan berubah tetapi tidak berbuat apa-apa.

Daripada rintihan isteri yang saya pernah dengar ialah sebilangan suami mereka menjauhkan diri apabila ditegur isteri mengenai kelemahan mereka, si suami bagai tertekan untuk melakukan hubungan intim kerana takut perkara yang sama berulang.

Lebih-lebih lagi suami yang cepat klimaks. Kebanyakan lelaki yang mengalami masalah seperti didedahkan itu, mudah sangat untuk memberi alasan keletihan. Mereka enggan mengakui kesalahan mereka dan sepatutnya menjalani pemeriksaan doktor untuk mengetahui tahap kesihatan mereka.

Jika mereka amalkan gaya hidup tidak sihat seperti tidak mengawal makanan atau tidak makan makanan seimbang, tidak menjaga berat badan, tidak melakukan senaman secara berkala, merokok dan minum minuman keras dan tidak mengurus tekanan, sudah tentu keadaan ini melemahkan tenaga batin dan syahwat mereka.

Lebih-lebih lagi jika mereka mengalami masalah kesihatan seperti peningkatan kolesterol dalam darah, tekanan darah, perubahan awal menghidap kencing manis atau penyakit koronari, sudah tentu masalah lemah tadi akan menjadi lebih ketara selagi masalah kesihatan itu tidak ditangani.

Perkara yang saya amat khuatir untuk suami yang sebegini ialah dalam keadaan terdesak mereka mencuba ubat kuat yang dijual secara langsung atau menjalani rawatan karut seperti urut dan makan jamu dan majun yang mungkin mengandungi ubat larangan atau menggunakan pam vakum tanpa rujukan doktor, apa yang terjadi bukan pemulihan, malah kesengsaraan yang menjejaskan kesihatan mereka.

Saya tidak tahu apa yang boleh disyorkan kepada pengadu, sebenarnya yang mengalami masalah ialah si suami dan dia tidak terfikir langsung yang masalahnya itu perlu rujukan doktor.

Dia juga perlu sedar yang perkara itu tidak akan hilang dengan mendiamkan diri saja. Dia perlu sedar yang dia ada tanggungjawab kepada anda dan anak dan apa yang dia buat itu hanya mensia-siakan dirinya dan keluarganya.

Saya harap semua lelaki yang membaca huraian ini terbuka hati untuk berjumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan dan menjalani rawatan moden dan yang selamat jika mereka mengalami masalah yang sama. Jangan cuba rawatan secara sendirian atau melalui iklan mengarut.

Perkongsian Bersama Tentang Permasalahan Sukar Mencapai Ereksi Maksimum Akibat Dari Perbuatan Onani Dan Mengalami Masalah sakit Pinggang....

Perkongsian Bersama Tentang Permasalahan Sukar Mencapai Ereksi Maksimum Akibat Dari Perbuatan Onani Dan Mengalami Masalah sakit Pinggang. 

Ereksi dan lelaki tidak boleh dipisahkan kerana fenomena ini sinonim untuk lelaki dan ia muncul sejak janin lelaki masih dalam kandungan, yang mana ereksi janin lelaki dapat kelihatan melalui imbasan ultrasound.

Fenomena ereksi menjadi lebih ketara apabila lelaki itu akil baligh dengan ketumbesaran anggota kelamin dan perkembangan sistem kawalan syahwat.

Tidak hairan jika lelaki itu sangat mudah mencapai ereksi pada bila-bila masa selepas mencapai akil baligh, terutama jika kerap merangsangkan anggota kelamin (onani) dan mencapai keghairahan dengan menonton video atau Internet yang menghangatkan perasaan syahwat.

Lelaki itu akan terasa tindak balas syahwatnya berkurangan apabila mula mengurangkan aktiviti mengghairahkan itu sehingga dia rasa kemampuan ereksinya kurang walaupun masih muda.

Istilah mati pucuk atau impotensi digunakan untuk menggambarkan kegagalan lelaki mencapai ereksi atau ketegangan alat sulit yang mencukupi untuk tujuan persetubuhan.

Ada lelaki tidak pernah mengalami atau menghayati ereksi dalam hidupnya, dan fenomena ini dikenali sebagai mati pucuk prima. Ini jarang berlaku.

Kebanyakan kes mati pucuk ialah mati pucuk sekunder atau mati pucuk kerana berlaku perubahan kesihatan sama ada perubahan fizikal (organic impotence) atau mental (psychological impotence).
Anda menganggarkan mengalami masalah mencapai ereksi berkualiti atau ereksi tidak seperti dulu dan anda kaitkan masalah ini kepada amalan onani.

Kini anda sudah kurangkan amalan itu dan tidak lagi terbabit dengan aktiviti yang mengapi-apikan atau merangsangkan perasaan syahwat.

Dalam keadaan begitu, keadaan ereksi anda tentu berubah. Jika anda mencapai ereksi secara spontan dan ia tidak ‘bergelora’ seperti sebelum ini, yang penting anda masih mencapai ereksi.

Ereksi spontan yang berlaku pada sebelah awal pagi itu menggambarkan sistem fungsi ereksi normal, hanya kualiti atau tahap ereksi berbeza. Ereksi ini akan mengendur apabila anda terbangun atau selepas buang air kecil, ia juga normal.

Anda tidak perlu risau dengan apa yang berlaku kepada keadaan ereksi. Ia berlaku kerana anda tak terbabit dengan onani dan aktiviti merangsang syahwat dengan bahan lucah.

Anda sepatutnya tumpukan kepada pelajaran atau pekerjaan dan amalkan gaya hidup sihat, bebas daripada tekanan dan amalan tidak sihat seperti merokok dan minuman keras. Anda perlu lebihkan aktiviti fizikal seperti bersukan dan rekreasi.

Ingin saya perjelaskan di sini, ereksi pagi atau 'Nocturnal Penile Tumescence' berlaku pada awal pagi ketika lelaki itu tidur nyeny...


Ingin saya perjelaskan di sini, ereksi pagi atau 'Nocturnal Penile Tumescence' berlaku pada awal pagi ketika lelaki itu tidur nyenyak atau tidur yang dikenali sebagai REM (Rapid Eye Movement) Sleep.


Jadi jika tiada REM Sleep atau tidur tidak nyenyak kerana kerap terbangun atau tidur lewat, ereksi pagi pasti kurang kelihatan dan kurang mantap.


Apabila terjaga secara tiba-tiba, baru nampak ereksi berkenaan dan jika tidak, ia tidak kelihatan.


Sehubungan itu, nasihat saya kepada mereka yang tidak mengalami ereksi pagi, jangan mudah terpengaruh dengan fenomena itu.


Jika anda mendapati ereksi pagi kurang kelihatan atau hanya singkat, kemungkinan kemunculannya tidak mengikut jadual seperti dulu.


Mungkin ereksi pagi menjadi lebih jelas pada awal pagi atau ketika anda terjaga secara tiba-tiba atau ketika bangun membuang air kecil.


Bagi mereka yang tidak mengesan ereksi pagi tetapi kemampuan seksual masih normal, saya nasihatkan anda supaya mula melakukan senaman secara berkala kerana ereksi pagi anda akan menjadi lebih kelihatan.


Berkaitan dengan kelajuan ejakulasi (pancutan air mani) pula, ia tiada kena mengena dengan tahap kesuburan. Jika seseorang lelaki itu menahan ketika air maninya hendak terpancut, ejakulasi menjadi lemah.


Untuk menguatkan pancutan, lelaki hendaklah menggerakkan zakar dengan kuat dalam keadaan otot lantai pelvis wanita sedang mencengkam, atau gerak zakar dalam keadaan kemut.


Perlu diingatkan, tanpa rangsangan, air mani juga berkurangan. Seperti saya katakan di atas, jangan menahan ketika hendak ejakulasi kerana air mani dan pancutan menjadi lemah.

Sekadar Perkongsian  Bersama: Beronani sudah menjadi seperti masalah lazim yang dihadapi lelaki kerana banyak soalan diajukan berkaitan r...

Sekadar Perkongsian  Bersama:


Beronani sudah menjadi seperti masalah lazim yang dihadapi lelaki kerana banyak soalan diajukan berkaitan ruangan ini. Berikutan itu saya gabungkan beberapa masalah yang kebanyakannya berkaitan 'ketagih onani' untuk renungan bersama.


Sebenarnya, dalam bidang perubatan banyak pertikaian mengenai amalan itu, dengan kebanyakan pakar psikologi berpendapat ia satu cara untuk mengenali diri secara mendalam, terutama mengenai tindak balas perasaan syahwat dan kemuncak rangsangan seksual.



Bagaimanapun, mereka tidak menjelaskan apa perlu dilakukan apabila amalan itu bertukar ketagihan kerana saya menerima banyak soalan daripada mereka yang mengaku 'penagih onani'.


Masalah itu membabitkan semua peringkat usia dengan sebahagian besarnya remaja dan bujang, tetapi golongan berkahwin turut tidak ketinggalan dengan amalan ini, malah ada yang menyifatkan berasa lebih puas dengan beronani.


Anda boleh bayangkan tekanan yang diberi kepada anggota sulit dan sistem syahwat apabila beronani. Jika anda melakukan onani secara luar biasa seperti rangsangan seksual secara kasar dan kuat untuk mengecapi klimaks, mungkin apabila beristeri, anda mendapati bersetubuh dengannya tidak memberi kepuasan seperti anda kecapi secara onani.


Masalah ini dikenali sebagai 'Traumatic Masturbatory Syndrome'. Yang menimbulkan masalah ialah onani mengakibatkan klimaks anda berlaku dengan cepat, yang jika berterusan dan diamalkan akan mengakibatkan anda tidak dapat bertahan lama apabila mengadakan hubungan seksual sebenar.


Selain itu, jika merangsang anggota sulit dengan ganas sehingga mengakibatkan ia sakit dan bengkak, mungkin satu hari nanti anda mengalami mati pucuk apabila kerosakan lama menunjukkan kesannya.


Ini kerana anggota sulit adalah organ vaskular dan tidak boleh dirangsang dengan keras. Ia hanya sesuai untuk dirangsang melalui salur faraj wanita.


Berkaitan benih dan kesuburan, ia bukan dalam pengaruh onani. Bagi anda yang sihat dan buah zakar berfungsi dengan baik, ia pasti mampu menghasilkan sperma.


Namun, kerosakan buah zakar boleh berlaku pada bila-bila masa ketika melakukan onani. Jika ia berlaku dan menjejaskan kilang sperma, tentu anda akan mandul kerana sperma tidak lagi dihasilkan 'kilang'.


Sebagai contoh, anda melakukan onani dalam keadaan tidak terkawal seperti pengaruh alkohol, menyebabkan tidak tahu atau sedar ketika itu anda meragut atau mencederakan buah zakar.


Anda hanya menyedari selepas beberapa lama yang buah zakar anda menjadi semakin kecil atau bengkak, dan jika kilang sperma terjejas, anda menjadi mandul.


Sudah tentu perkara yang menyeronokkan sukar dihentikan, kecuali berlaku perkara memudaratkan seperti keradangan buah zakar dan kebengkakan zakar.


Bagaimanapun, sudah terlewat jika tiada cara merawatnya. Mungkin jika zakar terkulai, bengkok atau patah, ada cara rawatan seperti pemulihan dengan pembedahan atau penggunaan alat pemulih.