Lelaki mempunyai sepasang buah kerandut atau 'testis' yang mula aktif dan membesar selepas lelaki itu mencapai akil baligh.
Bentuk dan saiz buah kerandut menggambarkan keaktifan kilang dan
sebagai bandingan, saiz buah kerandut lelaki matang tidak kurang
daripada tiga per empat saiz ibu jari kakinya.
Jika digunakan
pengukurnya (Prader's Orkidometer) saiz buah kerandut yang normal untuk
lelaki Asia ialah antara 12 mililiter (ml) hingga 25 ml.
Ukuran
10 ml boleh dikatakan yang terendah normal dan kurang daripada itu akan
menjadi tidak normal. Buah kerandut kecil kurang menghasilkan sperma.
Jika sangat kecil, kemungkinan buah kerandut tidak dapat menghasilkan
sperma.
Buah kerandut sebegitu dinamakan 'atrophic testis'.
Saiz
buah kerandut boleh berubah dari semasa ke semasa dan lelaki berkahwin
akan mendapati kilang sperma aktif dan buah kerandut akan kelihatan
besar jika hubungan kelamin kerap dilakukan. Jika kurang melakukan
hubungan seks, lama-kelamaan buah kerandutnya kelihatan kecil dan
mengecut.
Perubahan suhu buah kerandut juga boleh mempengaruhi
saiznya dan jika terdedah kepada kepanasan untuk jangka masa lama,
kilang buah kerandut menjadi kurang aktif dan mengecut.
Jadi
pakaian dalam ketat, yang menolak buah kerandut berdekatan badan, dan
lebih-lebih lagi jika lelaki itu gemuk dengan banyak lemak di tundun
dengan kedua-dua buah kerandut berkedudukan mengelilingi lemak,
lama-kelamaan buah zakar boleh mengecut.
Kecederaan atau trauma
kepada buah kerandut dan lebih-lebih lagi kecederaan kepada pembuluh
darah yang berlaku secara tidak sengaja (seperti tertendang) atau
sengaja seperti mengurut juga boleh membuatkan kilang dalaman tercedera
dan buah kerandut mengecil beberapa bulan kemudian.
Sama juga
dengan infeksi atau radang buah kerandut disebabkan jangkitan seperti
penyakit beguk atau 'mumps' boleh membuatkan ia mengecil selepas
beberapa tahun.
Jika pembuluh darah kepada buah kerandut tersekat
atau jalanan darah terganggu, kedua-dua buah kerandut itu juga boleh
mengecut dan mengecil.
Cara tepat untuk mengesan perubahan kepada
buah kerandut ialah menerusi pemeriksaan kendiri atau 'self testicular
examination' sebulan sekali.
Cara pemeriksaan ialah seperti berikut:
Lihat kedudukan buah kerandut depan cermin. Tujuh puluh peratus lelaki
mempunyai buah kerandut kiri sedikit ke bawah daripada kanan dan ia
perkara biasa.
Kemudian guna tangan kiri untuk mengampu kerandut sambil
tangan kanan menelitinya dari depan ke belakang dan dari atas ke bawah,
meneliti pundi epididimis dan pembuluh darah.
Lakukan perkara sama untuk
memeriksa buah kerandut kiri dan kali ini tangan kanan mengampu
kerandut. Jika terasa sesuatu yang memusykilkan, jumpa doktor.
Jika sudah bertemu doktor dan tidak puas hati dengan hasil pemeriksaan,
jumpa pakar untuk pendapat kedua. Untuk kepastian, pemeriksaan imbasan
boleh dilakukan dan diagnosis tepat dapat diberi.
Perasaan kebas
pada anggota kelamin anda ada kaitan dengan tekanan urat saraf dan
perjalanan darah di bahagian 'perineum' atau kelangkang akibat
menunggang motosikal.
Anda boleh gunakan kusyen lebih lembut dan ubah
posisi menunggang supaya bahagian kelangkang tidak tertekan lama.
Jika
terus mengalami tekanan itu, kemungkinan anda mengalami ED atau
disfungsi erektil.
Lelaki mempunyai sepasang buah kerandut atau 'testis' yang mula aktif dan membesar selepas lelaki itu mencapai akil baligh. Bent...
Lelaki mempunyai sepasang buah kerandut atau testis
About author: Unknown
Seorang Online Internet Marketer
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 comentários: