Banyak menerima rintihan daripada seorang isteri yang mendedahkan
perasaannya terhadap hubungan intim dengan suaminya, ingin saya nyatakan
di sini bahawa masalah sebegitu kini banyak dialami oleh kebanyakan
wanita yang sudah berkahwin.
Berdasarkan kepada rintihan wanita
itu, dia nyatakan bahawa sudah berkahwin selama lima tahun dan mempunyai
dua orang anak dan suaminya bekerja tidak tentu masa dan banyak
menghabiskan masa di tempat kerja.
Dakwanya rutin harian suaminya hanya
tertumpu pada kerja dan apabila berada di rumah hanya lebih suka tidur
serta tidak pernah beriadah atau bersenam.
Yang menjadi
kebimbangannya adalah suami dia mempunyai tahap klimaks yang sangat
cepat dan kurang bersemangat untuk 'bersama'. Alasan yang sering diberi
adalah penat dan apabila bersama, akan cepat ejakulasi walaupun cuma
beberapa minit menjalinkan hubungan.
Keadaan itu menyebabkannya
kebingungan dan tidak puas hati dan ia jelas menunjukkan prestasi si
suami tidak dapat memenuhi dan memberi kepuasan kepada si isteri.
Situasi sedemikian seharusnya tidak boleh dipandang remeh dan memerlukan
penyelesaian segera.
Seperti juga yang saya katakan, masalah
sebegini dihadapi ramai lagi isteri dan pelbagai cara dilakukan untuk
mencari jalan penyelesaian, sebilangan mereka cuba berbincang dengan
suami dan sebilangan suami mereka hanya mendiamkan diri saja dan ada
juga suami yang cakap akan berubah tetapi tidak berbuat apa-apa.
Daripada rintihan isteri yang saya pernah dengar ialah sebilangan suami
mereka menjauhkan diri apabila ditegur isteri mengenai kelemahan mereka,
si suami bagai tertekan untuk melakukan hubungan intim kerana takut
perkara yang sama berulang.
Lebih-lebih lagi suami yang cepat klimaks.
Kebanyakan lelaki yang mengalami masalah seperti didedahkan itu, mudah
sangat untuk memberi alasan keletihan. Mereka enggan mengakui kesalahan
mereka dan sepatutnya menjalani pemeriksaan doktor untuk mengetahui
tahap kesihatan mereka.
Jika mereka amalkan gaya hidup tidak
sihat seperti tidak mengawal makanan atau tidak makan makanan seimbang,
tidak menjaga berat badan, tidak melakukan senaman secara berkala,
merokok dan minum minuman keras dan tidak mengurus tekanan, sudah tentu
keadaan ini melemahkan tenaga batin dan syahwat mereka.
Lebih-lebih lagi jika mereka mengalami masalah kesihatan seperti
peningkatan kolesterol dalam darah, tekanan darah, perubahan awal
menghidap kencing manis atau penyakit koronari, sudah tentu masalah
lemah tadi akan menjadi lebih ketara selagi masalah kesihatan itu tidak
ditangani.
Perkara yang saya amat khuatir untuk suami yang
sebegini ialah dalam keadaan terdesak mereka mencuba ubat kuat yang
dijual secara langsung atau menjalani rawatan karut seperti urut dan
makan jamu dan majun yang mungkin mengandungi ubat larangan atau
menggunakan pam vakum tanpa rujukan doktor, apa yang terjadi bukan
pemulihan, malah kesengsaraan yang menjejaskan kesihatan mereka.
Saya tidak tahu apa yang boleh disyorkan kepada pengadu, sebenarnya yang
mengalami masalah ialah si suami dan dia tidak terfikir langsung yang
masalahnya itu perlu rujukan doktor.
Dia juga perlu sedar yang
perkara itu tidak akan hilang dengan mendiamkan diri saja. Dia perlu
sedar yang dia ada tanggungjawab kepada anda dan anak dan apa yang dia
buat itu hanya mensia-siakan dirinya dan keluarganya.
Saya harap
semua lelaki yang membaca huraian ini terbuka hati untuk berjumpa doktor
untuk menjalani pemeriksaan dan menjalani rawatan moden dan yang
selamat jika mereka mengalami masalah yang sama. Jangan cuba rawatan
secara sendirian atau melalui iklan mengarut.
Banyak menerima rintihan daripada seorang isteri yang mendedahkan perasaannya terhadap hubungan intim dengan suaminya, ingin saya nyatakan ...
About author: Unknown
Seorang Online Internet Marketer
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 comentários: